Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Wednesday, July 2, 2014

Apa itu 4K?

Ultra HD TV yang diperkenalkan oleh LG


Apa itu 4K?

Resolusi 4K atau Ultra HD ialah terma khusus untuk paparan peranti atau kandungan yang mengandungi resolusi paparan mencecah 4000 piksel. Umumnya, kebanyakan skrin paparan menggunakan resolusi paparan standard 1080p (HD) yang boleh dikatakan terbaik setakat ini. Tetapi, ia ternyata belum cukup.

Format standard terkini

Asasnya, 4K atau Ultra HD ialah empat kali resolusi 1080p HD Penuh yang mana secara teknikalnya dapat diukur dengan 4096 x 2160 piksel atau (2160p). Meskipun demikian, 4K Ultra HD TV memiliki kiraan piksel horizontal dalam format yang agak kurang iaitu 3840 x 2160 piksel.

Beberapa resolusi 4K telah wujud dalam bidang televisyen digital dan sinematografi digital. Sebagai makluman, sebelum ini, kebanyakan panel memiliki format resolusi standard tertinggi untuk HDTV, iaitu 1080p yang diiktiraf sebagai resolusi 2K, dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.




Kelebihan selesa

Industri televisyen telah menerima pakai ultra definisi tinggi sebagai standard untuk 4K.  Bagi mendapatkan pasaran awal, pengeluar gergasi dalam sektor skrin, LG, Samsung, Sony dan Toshiba mendahului persaingan dengan produk UHD TV bersaiz gergasi pada penghujung tahun yang lalu.

Kepadatan piksel yang lebih tinggi pada panel 4K semestinya membolehkan anda untuk lebih dekat tanpa melihat struktur grid imejnya sendiri. Secara mudahnya, anda boleh menonton skrin yang besar dengan selesa dari tempat duduk yang sama dengan panel Full HD semasa.

Detiknya bermula

Tahun 2014, teknologi 4K Ultra HD iberpotensi untuk dikomersialkan dan mula mencuri perhatian pengguna. Meskipun Ultra HD TV yang ada sekarang terlalu mahal untuk kegunaan biasa, tetapi harganya akan turun mendadak mengikut kemerosotan saiz skrinnya. Dan ini turut cuba diaplikasikan kepada platform peranti mudah alih.

Ia berpotensi untuk turun kepada kadar harga mampu milik apabila setiap jenama pengeluar besar memulakan perang produk yang sebenar untuk menarik minat pelanggan. Saiz skrin juga turut memiliki hubungan dan akan memberi kesan kepada kepadatan piksel

Wajarkah kegunaan ?

Penggunaannya dijangka menyeluruh dengan perkembangan sihat di kalangan penggiat aktif dalam dunia teknologi.  Beberapa teknologi baru untuk jangka masa pendek yang telah diumumkan menjadikannya rasional untuk terus berkembang sepanjang tahun ini.

Youtube mula melaksanakan pertumbuhan saluran 4K Ultra HD yang baru. Tetapi anda memerlukan PC yang berkuasa dengan kad grafik yang mampu menyokongnya. Sony juga turut bakal muncul dengan Blu-Ray terbarunya yang menyokong format ini dan filem Ultra HD semestinya akan dijual melalui CD.

Jadi, ketika separuh tahun pertama 2014, kita telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam industri standard format untuk paparan skrin yang sememangnya memberikan hasil yang sangat hidup dan menakjubkan, bukan sahaja untuk hiburan, malah pelbagai sektor lain seperti perubatan, reka bentuk, pendidikan dan sebagainya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads