Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Wednesday, November 27, 2013

Samsung Memperkenalkan Galaxy Grand 2 – Membawakan Skrin Bersaiz 5.25-inci



Variasi ketiga daripada keluarga Galaxy Grand, dimana hari ini selepas Galaxy Grand dan juga Galaxy Grand Quattro, pihak Samsung telah pun secara rasminya mengumumkan Galaxy Grand 2.

Galaxy Grand 2 membawakan skrin bersaiz 5.25-inci, cip empat-teras 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan juga ruangan storan 8GB. Galaxy Grand 2 ini turut dilengkapi dengan bateri bersaiz 2600mAh dan dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean.




Secara amnya, boleh dikatakan Galaxy Grand 2 ditujukan kepada mereka yang inginkan telefon pintar pada saiz phablet tetapi pada harga yang lebih rendah jikalau dibandingkan dengan Galaxy Note 3. Galaxy Grand 2 turut hadir dengan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya. Dari segi rekabentuk, Samsung turut membawakan rekabentuk kerangka belakang berasaskan plastik ala-ala kulit, seperti pada Note 3.

Memandangkan Galaxy Grand generasi pertama menerima sambutan yang agak baik di pasaran Malaysia sebelum ini, mungkin kita akan dapat melihat peranti ini turut digemari ramai pengguna tempatan – bergantung kepada tawaran harganya di Malaysia kelak.

Galaxy Grand 2 bakal hadir dalam warna putih, hitam dan juga merah jambu.

Diambil dari Amanz.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads