Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Tuesday, November 12, 2013

Perbezaan Antara Apple IPhone 5S Dan IPhone 5C


Apple telah melancarkan bukan satu tetapi dua model iPhone dan ini merupakan kali pertama didalam sejarah Apple. iPhone 5S dan iPhone 5C adalah taruhan terbaru Apple untuk menyekat dominasi Samsung yang baru sahaja memperkenalkan Galaxy Note III. Disini, kami memberikan anda maklumat penting yang membolehkan anda membezakan kedua-dua peranti ini dan yang manakah akan menjadi pilihan anda.





Harga

Apple iPhone 5S yang merupakan model premium Apple dijangka akan dijual pada yang bermula daripada RM 2500( jika berdasarkan harga di Singapura) bagi versi 16GB. Ini adalah sedikit peningkatan berbanding iPhone 5 yang mula dijual pada harga RM 2199 ketika mula-mula diperkenalkan di sini. 

Apple memperkenalkan iPhone 5C dengan tujuan untuk memberikan alternatif iPhone yang lebih murah kepada pengguna. Walaubagaimana pun, iPhone 5C boleh dikatakan tidak lah begitu murah memandangkan harga penawaran yang disebut sekitar RM 1899. Adakah anda merasakan ianya berbaloi?


Warna dan Rekaan

Apple iPhone 5S akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas dan kelabu dan direka berasakan aluminium berkualiti tinggi. Rekaan iPhone 5S ini adalah sama seperti iPhone 5 namun diberikan tambahan warna baru.

Apple iPhone 5C adalah iPhone yang akan menjadi pilihan anda jika anda meminati sesuatu yang berwarna-warni. iPhone 5C merupakan peranti yang direka dengan menggunakan plastik poli-karbonat sepenuhnya dan buat pertama kali didalam sejarah Apple, iPhone ini akan ditawarkan didalam lima warna iaitu putih, biru, hijau, kuning dan merah jambu.


Kamera

Walaupun iPhone 5S menggunakan kamera 8MP yang terdapat pada iPhone 5, ianya telah diberikan beberapa penambahbaikan. Kamera iPhone 5S ini mempunyai f/2.2 aperture yang lebih lebar sekaligus memberikan kualiti gambar yang lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang malap. Selain itu, aplikasi kamera pada iPhone 5S akan mengambil beberapa gambar serentak dan akan memilih gambar terbaik. Peranti terbaru Apple ini juga dilengkapi dengan dua lampu flash LED.

iPhone 5C menggunakan kamera yang sama pada iPhone 5 iaitu kamera iSight 8MP dengan kamera hadapan HD FaceTime yang baru.


Spesifikasi Dalaman

Apple iPhone 5S akan tampil dengan pemproses 64-bit A7 dan mempunyai cip pengesan pengerakan M7,Pengesan capjari Touch ID yang disertakan pada ‘Home Button’ dan skrin paparan Retina 4-inci. Selain itu, iPhone 5S hadir dengan sistem operasi terbaru iOS 7 dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama walaupun menggunakan bateri yang sama seperti iPhone 5.

Apple iPhone 5C mempunyai hampir kesemua spesifikasi iPhone 5 seperti pemproses A6, skrin paparan Retina 4-inci dengan kepadatan piksel 326ppi, bateri berkapasiti 1440 mAh dan menggunakan iOS 7.

Sumber

2 comments:

  1. Great information
    Chota pack, bada Dhamaka’ Videocon Telecom launches range of STVs, starting @ Re 1, offering STD/Local calls @ 30P/m with validity of upto 4 weeks.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing useful information
    Videocon Telecom talks about its plan for Punjab,‘we are here to stay’,says the telco.Videocon Telecom plans to invest a part of the proceeds from sale of Gujarat & UPW spectrum in Punjab.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads