Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Thursday, November 21, 2013

Perbandingan Apple IOS 7 Vs Android 4.4 KitKat



Sistem operasi terkini iOS dan Android adalah sesuatu yang mendapat perhatian pada masa ini. Seperti kita sedia maklum Apple melancarkan iOS 7 melalui iPhone 5S dan 5C pada bulan September yang lalu dan Google telah melancarkan Android 4.4 KitKat melalui generasu kelima telefon pintar Nexus mereka iaitu Nexus 5 yang dibuat oleh LG. ini adalah masa yang sesuai untuk kami memberikan anda beberapa perbezaan dan ciri-ciri pada kedua sistem operasi terbaru ini.



Peranti yang disokong

iOS 7 adalah sistem operasi yang hanya boleh digunakan pada peranti iOS sahaja. Kesemua produk tebaru Appel iaitu iPhone 5S, 5C, iPad Air dan iPad Mini 2 akan didatangkan dengan iOS 7 dan Apple juga turut menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru ini bagi produk Apple sebelum ini iaitu iPhone 5, 4, 4S, iPad 4, iPad mini dan iPod Touch 5.

Kemaskini Android pula seperti biasa adalah untuk kesemua peranti, sebagai sistem operasi yang percuma, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan peranti yang berasakan Android namun seperti kebiasaanya Android KitKat akan dilancarkan pada produk Google terlebih dahulu iaitu melalui peranti Nexus mereka.

Android 4.4 KitKat telah dilancarkan melalui Nexus 5, telefon pintar rasmi keluaran Google yang dilancarkan dengan versi stok(asli) Android.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa Android KitKat ini hanya untuk Nexus 5. Google akan melancarkan KitKat pada produk mereka sebelum ditawarkan kepada peranti lain yang berasakan Android seperti Galaxy Note 3, Galaxy S4, HTC One, Sony Xperia Z1 dan banyak lagi.

Selain itu, Antara Kelebihan KitKat ialah, berbeza dengan versi Android sebelum ini, sistem operasi ini direka khas supaya peranti dengan spesifikasi sederhana dan rendah juga mampu menikmati sistem operasi terkini ini.


Interface ( UI)

iOS 7 telah menyaksikan Apple telah melakukan perubahan paling drastik yang pada sistem operasi mereka sejak iOS 1. Disebabkan perkara ini , Apple dengan beraniya telah mengeluarkan kenyataan bahawa iOS 7 merupakan kemaskini iOS yang terbaik didalam sejarah sistem operasi ini. Selain menyokong peranti dengan spesifikasi terbaik, iOS 7 juga memberikan pengguna lebih banyak kebebasan didalam UI yang hadir dengan menu yang lebih ringkas, rekaan yang lebih rata selain penggunaan warna yang lebih terang merupakan antara perubahan pada iOS 7.

Google juga tidak ketinggalan untuk memberikan sesuatu yang baru melalui Android KitKat. Selain mempunyai reka bentuk yang lebih menarik, Android KitKat mempunyai ciri yang membolehkan aplikasi yang digunakan memenuhi keseluruhan skrin dimana anda tidak akan melihat bar notifikasi, ikon bateri dan ‘gangguan’ lain pada skrin.

Google berkata “ untuk memastikan pengguna mempunyai akses yang mudah dari penggunaan aplikasi, Android 4.4 menyokong ‘swipe’ di bahagian atas dan bawah untuk mengakses sistem UI ini. Adakah KitKat menggunakan cara yang sama seperti iOS 7?


Ciri-Ciri Istimewa

Secara keseluruhanya, iOS tampil dengan banyak ciri baru . Apple telah menggunakan ciri pengesan capjari Touch ID ini hanya pada iPhone 5S yang mana ianya sedikit mengecewakan terutama sekali bagi pengguna yang menunggu untuk iPad Air. Walaubagaimanapun, pemproses motion M7 dibekalkan pada tablet ini dan pemproses ini dikira penting kerana ianya mampu meningkatkan jangka hayat bateri.

Dari segi ciri-ciri menarik, Android KitKat tidak kurang hebatnya, sistem operasi terbaru Android ini menampilkan banyak perubahan yang membuatkan kami teruja antaranya penggunaan bateri yang lebih bijak, sokongan ‘Cloud’, cetakan tanpa wayar yang dikenali sebagai AirPrint, rakaman skrin dan banyak lagi. 

Selain itu, Nama versi Android yang terbaru ini diambil sempena nama coklat popular keluaran Nestle iaitu KitKat dan ini mungkin merupakan perjanjian pemasaran antara kedua syarikat koprat tersebut.

Kredit : - Mobile88

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads