Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Friday, September 20, 2013

Kelebihan dan Kekurangan Jailbreak






Ramai di kalangan pengguna keliru atau tidak tahu mengenai jailbreak. Ada yang menganggap jailbreak ini sebagai iOS sedangkan iOS dan jailbreak adalah dua perkara yang berbeza. Ada juga yang beranggapan bahawa jailbreak ini sebagai virus.

Dalam perkataan mudah, jailbreak bermaksud “memecah” batasan sistem operasi iOS yang terdapat pada iPhone, iPad dan iPod. Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah jailbreak ini banyak kelebihan atau kekurangan? Di sini kami ingin kongsikan bersama kelebihan dan kekurangan jailbreak pada pandangan umum dan pandangan peribadi.


Antara kelebihan jailbreak adalah :-



1) Cydia

Cydia adalah perubahan pertama yang boleh kita nampak selepas proses jailbreak selesai dilakukan.
Cydia merupakan teras utama kepada penggunaan jailbreak secara menyeluruh. Ia membolehkan kita menggunakan tweak seperti SBSettings, Zephyr, Auxo, Winterboard  dan sebagainya.



2) Aplikasi

Jailbreak membolehkan kita untuk memuat-turun aplikasi yang berbayar di dalam iTunes secara percuma.


3) Ringtone

Boleh menukar ringtone tanpa membeli dan menggunakan iTunes.
Boleh set setiap aplikasi menggunakan ringtone yang berbeza dengan download Pushtone juga di Cydia.


4) Tema

Boleh tukar tema mengikut kehendak dan cita rasa sendiri. Muat turun sahaja winterboard daripada Cydia untuk tukar tema.




Antara kekurangan jailbreak adalah :-

1) Waranti

Jika jailbreak, warranty iDevice anda akan hapus. Tiada lagi warranty untuk iDevice yang dah di jailbreak. Tetapi, jika anda restore peranti anda dan kembalikannya kepada asal, waranty adalah seperti biasa.

2) Perlahan

iDevice akan menjadi perlahan kerana jailbreak menggunakan banyak memory serta penggunaan tweak  yang banyak boleh menyebabkan ianya menjadi perlahan.
iDevice juga boleh hang dan crash jika penggunaan tweak yang terlampau banyak.

3) Bateri

Penggunaan bateri akan bertambah laju akibat banyak penggunaan tweak. Contohnya jika anda menggunakan tema, ianya akan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

4) iOS

Pengguna tidak boleh update iOS terbaru kerana takut jailbreak mereka akan hilang sedangkan setiap iOS yang baru di keluarkan, pihak Apple akan kemaskini dan membaik pulih bug yang terdapat pada iOS sebelumnya.

Kesimpulannya, anda semua boleh jailbreak kerana tiada apa yang boleh merosakkan iDevice jika cara jailbreak itu adalah cara yang betul dan selamat.  Sentiasa BACKUP iDevice setiap kali mahu melakukan jailbreak.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads