Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Friday, June 15, 2012

Perbezaan Netbook dan Notebook


Apa bezanya Netbook atau Notebook? Berikut ini adalah ulasan singkat tentang perbezaan kedua-duanya.

Netbook, gadget yang satu ini khusus direka untuk berinternet ria di mana dan bila-bila masa juga. Netbook mempunyai paparan yang kecil, dengan skrin antara 7 sampai 10.1 inch, daya tahan bateri yang lama (4-9 jam sekali charging). Kenapa Netbook boleh mempunyai ketahanan bateri yang cukup lama, ini tidak lain kerana Netbook kebanyakan menggunakan pemproses sekelas Intel Atom (misal Intel Atom N270, N280 atau Intel Atom N450) yang memerlukan kuasa yang lebih kecil berbanding (contohnya) dengan Prosesor sekelas Intel Core 2 Duo, selain itu juga Netbook tidak dilengkapi dengan DVD / CD ROM sehingga boleh meminimumkan penggunaan kuasa dari Netbook.



Sedangkan Laptop/Notebook, mempunyai skrin dari 10.1 ke atas, rata-rata 14 inch, pemproses yang dipakai dari sekelas Intel Dual Core sampai yang terbaru Intel Core i3, i5 dan Intel Core i7, dilengkapi dengan DVD / CD ROM. Notebook menjadi pilihan yang bijak jika anda mahukan sebuah Laptop yang tidak hanya sekadar digunakan untuk internetan. Contohnya jika anda ingin mengedit sebuah video, mengedit foto / gambar dengan Photoshop / Corel Draw atau Tonton Film HD, maka kamu perlu memilih Laptop, kerana Notebook mempunyai 'tenaga' atau power yang lebih tinggi berbanding Netbook.

Dimensi dan saiz skrin

Ada perbezaan yang cukup ketara antara netbook dan notebook. Saiz skrin netbook lebih kecil dan berkisar di angka 7 "-10,2" sedangkan notebook mulai 12 "keatas. Selain itu, netbook bersaiz lebih kecil dan lebih ringkas untuk dibawa-bawa berbanding notebook. Berat netbook juga jelas lebih ringan di banding notebook umumnya. Memang netbook lebih portable berbanding notebook.

Spesifikasi hardware

Spesifikasi hardware antara netbook dengan notebook berbeza. Biasanya, netbook menggunakan pemproses Intel Atom, VIA C7 yang jimat tenaga, AMD pun tidak mahu kalah dan akan melancarkan prosesor Athlon Neo, AMD C50, E350 (Brazos) untuk pasaran netbook. Netbook biasanya dibekalkan Ram 512mb-1gb untuk menyokong prestasinya. Netbook biasanya sudah dibekalkan peralatan untuk berinternet dengan selesa dengan memasukkan wi-fi dan bloetooth bahkan akhir-akhir ini ada pengeluar yang termasuk modem 3G dan 3,5 G (HSDPA), tak lupa webcam pun hadir di sebahagian besar netbook yang beredar. Beberapa pengeluar menyediakan pilihan SSD (Solid State Drive) sebagai media penyimpananya kerana lebih jimat tenaga jika dibandinkan dengan hardisk. Sementara notebook biasanya mnggunakan pemproses yang lebih kuat seperti, Pentium Dual-core, Core2 Duo, Core i3, Core i5, Turion X2 dengan ram yang sama atau lebih besar dari netbook. Notebook juga boleh menggunakan discrete graphic dari Ati Radeon atau Nvidia GeForce, Netbook ada yang menggunakan grafik dari Nvidia GeForce (platform ION) dan Radeon (Platform AMD Athlon Neo dan AMD Brazos).

Daya tahan bateri

Notebook pada umumnya hanya mampu 'hidup' dengan bateri selama 1-3jam sahaja. Sedangkan netbook mampu bertahan lama antara 3-5jam. Ini adalah kerana hardware yang digunakan netbook lebih jimat tenaga berbanding notebook.

Fungsi dan target pengguna

Dilihat dari spesifikasi hardware yang digunakan, jelas prestasi notebook jauh lebih cepat berbanding netbook. Notebook ditujukan bagi orang yang memerlukan komputer yang cukup bertenaga untuk bekerja dan boleh dibawa kemana-mana. Prestasi notebook sekarang (terutama platform centrino2) sudah mendekati bahkan menyamai komputer desktop kelas mainstream. Prestasi ini sangat berguna bagi orang yang memerlukan komputer pekerjaan editing multimedia atau hal-hal yang lebih dari sekadar menaip. Sedangkan netbook ditujukan bagi orang yang mahukan mobiliti dalam menggunakan komputer untuk sekadar pekerjaan office dan internet. Prestasi netbook pun pas-pasan. Saya kini menggunakan Netbook Acer AO 531h dengan spesifikasi Intel Atom N280, GMA 950, 2 GB DDR2 dan 160GB HDD, prestasinya paspasan, namun cukup untuk pengkomputeran asas seperti office dan internetan.

4 comments:

  1. oooo.. saya ada notebook, takde netbook,.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KiD.. Nanti belikanlah satu netbook untuk Ilham..

      Delete
  2. antara netbook dgn notebook mna lbih bgos klaw nk di beli

    ReplyDelete
  3. antara netbook dgn notebook mna lbih bgos klaw nk di beli

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads