Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Saturday, May 19, 2012

Tutorial Asas Adobe Photoshop: Berkenalan Dengan Photoshop Menu dan Icon (Part 1)



Skrin Welcome To Adobe Photoshop CS2

Ini merupakan skrin pertama yang keluar selepas anda tekan pada icon program Adobe Photoshop CS2 di desktop anda.




Tekan ‘Close’ pada skrin tersebut untuk mula berkenalan dengan Adobe Photoshop CS2 ini.



Tempat Bekerja dalam Adobe Photoshop

Aku namakan tempat bekerja (workspace) untuk skrin dibawah. Anda tentu merasa takut bukan selepas pertama kali masuk di dalam Tempat Bekerja Adobe Photoshop ini. Jangan takut, selepas ini anda akan tahu semua jenis icon-icon serta kegunaannya.


Keterangan berkenaan Menu & Icon

A. Menu Bar – Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan.

B. Options Bar – Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan brushes akan keluar di bahagian ini.

C. Tool Bar – Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada disini. Contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Crop dan lain-lain.

D. Document Window – Apa yang sedang anda Photoshop-kan tu berada di-sini.

E. Active Image Area – Disinilah segala keajaiban bermula pada awal-awalnya.

F. Navigator – Kalau nak zoom in atau zoom out dokumen-dokumen yang sedang aktif, boleh scroll samada ke kiri atau ke kanan.

G. Color Palette – Boleh pilih kaler daripada sini untuk Background dan Foreground.

H. History – Segala apa-apa perubahan yang anda lakukan terhadap lukisan anda di dalam Photoshop ini, semuanya direkod di bahagian ini.

I. Layers – Katakanlah anda sedang melukis satu lukisan di kertas, untuk meletakkan satu lapisan lain di lukisan anda dan menutup sebahagian daripada lukisan anda itu, maka Layer ini digunakan. Paham ke maksud aku ni? Hee.. Kalau tak paham lagi, boleh tanya Pakcik Google.

Ini hanyalah penerangan secara ringkas mengenai setiap menu di dalam Adobe Photoshop CS2. Aku akan terangkan dengan lebih jelas lagi dalam Tutorial Asas Adobe Photoshop kemudian nanti.

Bermulanya Aktiviti Photoshop Anda

Dah tahu semua fungsi-fungsi menu, jom belajar cara-cara untuk create document dalam Photoshop pulak.

Pergi ke File -> New kat Menu Bar


A. Document Name – Namakan file anda disini. Tak masukkan pun takpe. Nak masukkan pun takpe. Haha..

B. Presets – Pilih saiz dokumen anda. Biasanya aku menggunakan Custom.

C. Document Dimensions – Masukkan pilihan lebar dan tinggi dokumen anda. Kalau nak buat banner bersaiz 300×250, masukkan 300 di Width dan 250 di Height.

D. Document Units – Pilih unit anda. Jika anda design banner besar untuk di-print, masukkan Inches. Jika anda design banner untuk digunakan dalam laman web, masukkan Pixels.

E. Resolution – Inilah resolusi setiap dokumen itu ditentukan. Anda boleh masukkan resolusi dokumen sebanyak 300 atau lebih untuk printing. Kebiasaan yang aku gunakan untuk design laman web, hanya 72.

F. Color Mode – Secara default-nya aku menggunakan RGB.

G. Background Contents – Jika anda buat dokumen yang background-nya transparent, disinilah pilihannya.

Save dan Close Dokumen dalam Adobe Photoshop

Untuk save setiap dokumen yang anda buat, sila ke menu File -> Save di Menu Bar. Semasa save file ini, pastikan betul-betul jenis file yang anda save. Pastikan ianya dalam format Adobe Photoshop (*PSD). Jika anda save dalam format selain daripada PSD, kesemua Layer yang anda gunakan semasa design tadi tak boleh digunakan lagi. Sila berhati-hati.

Format PSD ini tidak sesuai untuk digunakan di web browser. Sila save dalam format PSD kemudian SAVE AS lagi dalam format PNG atau JPEG. Setelah selesai kesemuanya, tekan File -> Close atau File -> Close All di Menu Bar.

Terlalu mudah bukan tutorial kali ini? Nama lagi Berkenalan Dengan Adobe Photoshop kan? Nak lagi? Tunggu yee…





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads