Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Monday, May 28, 2012

Maksud BRRIP, DVDRIP, CAM, Workprint, PPVRip, DVDSCR, R5/R6, DVDRip, HDTV, BRRip

Hari ini admin just nak cakap pasal perbezaan "BRRIP, DVDRIP, CAM, TS etc" ni lah. Manalah tau dapat tambahkan trafik blog ni..

kalau korang jenis kaki download movie macam admin ni, pasti korang pernah baca sesetengah movie tu ada tulis brrip @ dvdrip @ r5 dan yang lain-lain lagi lah. betul tak? kalau korang tak pernah men-download pun, pasti korang pernah baca ayat-ayat ini di belakang nama filem-filem yang korang simpan tu, kan?

tapi berapa ramai sangatlah yang tahu apa bendanya dvdrip, brrip apa semua ni. yang kaki download movie macam admin ni maybe tahu lah kot? sebenarnya ianya adalah penanda aras kualiti bagi sesuatu movie tu.

so, admin nak terangkanlah apa maksud kata-kata ni sebelum korang main download je movie yang baru di letak dalam laman web tu ek. nanti sia-sia je habis bandwidth sebab download movie berkualiti video macam puih. HAHA.

Contoh Gambar CAM

CAM - maksudnya dirakam terus dari dalam panggung menggunakan handphone atau perakam video tu. tu sebab boleh dengar bunyi orang gelak2 + kualiti gambar sangat teruk. HAHA.


Contoh Gambar TS

TS - nama panjangnya "TELESYNC". ianya dirakam didalam panggung wayang juga, but panggung wayang yang kosong lah dan ianya dirakam menggunakan kamera video profesional yang diletak atas tripod. so kualiti up sikit lah berbanding CAM ni.

Workprint - Admin agak suka yang ni sebab benda ni tak ubah macam tengok "movie tak siap" tahu tak? macam tengok In The Making lah gitu. tapi In The Making versi full filem dari awal sampai habis, cuma masih belum ada efek sana sini je lah. nak kena touch-up sikit lah. HAHA.

PPVRip - oh ya, kebanyakan filem malaysia yang korang download tu ada tulis ayat ni, bukan? ianya bermaksud "Pay-Per-View-Rip". maknanya diorang rakam movie ni daripada channel macam Astro First tu lah. tu sebab gambar tak lawa sangat.

DVDSCR - full name nya ialah "DVDScreener" ya. sebenarnya DVDSCR ni ialah versi DVD awal yang dikeluarkan untuk pihak pengkritik, pihak promosi gitu lah dan selalunya kualiti gambar rendah sedikit berbanding DVD betul. but masih ok lagi lah.

R5/R6 - ini pula bermaksud "Region 5/6". selalunya kualiti gambar & audio R5/R6 ni boleh dikatakan agak rendah sikit je lah berbanding DVD disebabkan di negara Region 5/Region 6 ni terpaksa keluarkan DVD versi murah berbanding Region yang lain. so, copy daripada DVD R5/R6 ni  boleh tahan juga lah. nak tahu lebih lanjut tentang Region 5/6 ni masuk sini dan juga sini.


Contoh Gambar DVDRip
DVDRip - Admin pasti semua tahu yang ini ambil daripada mana. pastilah copy daripada DVD kan. so gambar lawalah juga. tetapi selalunya DVD original juga yang terbaik sebab gambar lagi lawa + ada special feature. HAHA.

HDTV - ini juga hampir serupa dengan PPVRip, tetapi kualiti gambarnya jauh lebih daripada PPVRip malah kadang-kadang jauh lebih lawa daripada DVD sekalipun!

BRRip - HOHO. ini adalah kualiti video yang terbaik sekali. ianya bermaksud "Blu-Ray Rip". kalau nak diikutkan cd Blu-Ray ni memang belum terkenal lagi lah di kalangan rakyat Malaysia ni sebab harganya sangat mahal. 1 disc = rm100++. damn. tetapi kualitinya memang sangat tip-top, first class! so, BRRip ni saiznya berbeza, yang paling kecil dalam 300MB kalau tak silap admin, tapi gambar memang terbaik lah kan. so, makin besar saiz BRRip movie = makin cantiklah gambarnya.

kalau nak tahu info lebih lanjut, jom tanya wikipedia di sini

TIPS: Admin nasihatkan kalau korang nak download movie atau ambil movie daripada orang lain pun, cubalah download/ambil movie yang berkualiti BRRip ni ya. sebab gambarnya sangat lawa. kalau takde pun, korang download/ambil lah DVDrip ke. but elakkan daripada download/ambil TS atau CAM tu ek! nanti kecewa pula tengok gambarnya. HAHA.

4 comments:

  1. thanx fr the info bro..1st time singgah dari blog Siezuka

    ReplyDelete
  2. hm, good information....salam, bro, nk mintak tlg bleh x? bleh x tlg komen kat http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang kepupusan tulisan jawi. Komen hanya diambil sebagai pembelajaran sebab lecturer nk tgk pendpt blogger, thanx ek...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads