Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Monday, May 7, 2012

7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas


Sebagai pengguna Internet antara faktor utama yang mempengaruhi perkembangannya ialah kelajuan capaian internet.Kalau internet macam siput seperti di Malaysia ni memanglah menyakitkan hati terutama pada waktu-waktu kemuncak dan kawasan yang mempunyai kepadatan pengguna yang tinggi.Bukan nak merendahkan kemampuan negara sendiri tetapi cuba bandingkan dengan negara-negara yang saya sebutkan dibawah dan jika kita berada di sana..dah tentu kita terperanjat kerana dengan hanya satu klik sahaja semuanya akan muncul dengan pantas tanpa perlu menunggu sambil mengorek-ngorek lubang hidung untuk menghilangkan kebosanan.Itu belum kira breakdown servis yang kerap berlaku.



Akamai ,sebuah organisasi yang memantau kelajuan internet diseluruh dunia telah mengumpul data mengenai internet melalui laporannya bertajuk "State Of Internet"meruumuskan 7 negara yg mempunyai capaian internet paling laju didunia.


Switzeland


Sebuah negara Eropah yang terkenal dengan jam yang mempunyai kualiti ini mempunyai kepantasan capaianpada purata 7.3 Mbps.Pada kelajuan sebegini ianya cukup pantas walhal pengguna internet berada dalam lingkungan 5.8 juta pengguna

Republik Czech


Republic Czech memiliki kepantasan capaian internet pada purata kelajuan 7.4 Mbps dan ianya sebuah negara yang cukup maju dalam aktiviti perhubungan kerana negara ini mempunyai pelanggan Wi Fi terbanyak di Eropah

Latvia


Walaupun ia adalah sebuah negara yang kecil namun penduduk negara ini berpuas hati dengan kelajuan internetnya dan menurut Akamai kelajuan internetnya pada sekitar purata  8.2 Mbps


Belanda


Adalah tidak menghairankan bagi sebuah negara maju seperti Belanda yang lebih di kenali dengan negara Kincir Angin dengan purata 8.5Mpbps.Kebanyakan penduduk di Belanda mempunyai akses kepada Internet iaitu pada sekitar 92%.

Jepun


Negara yang di kenali dengan pelbagai gelaran seperti Negara Matahari terbit dan ada juga  menggelarnya Negara Sakura memang terkenal dengan kemajuan teknologinya dan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka juga mempunyai kelajuan internet pada sekitar 8.9 Mbps

Hong Kong


Negara yang merupakan sebuah negara bekas Wilayah China ini mempunyai pengguna internet sekitar 4.9 juta.Dan rakyat Hong Kong ternyata mereka pasti berpuas hati dengan kelajuan internet pada sekitar 10.3 Mbps

Korea


Rakyat di negara Korea pasti berbangga kerana mereka adalah negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling pantas.Dengan kemudahan internet yang disediakan kerana kelajuan internet di sini cukup mengkagumkan iaitu pada sekitar 13.8 Mbps

kredit : zulcomz.blogspot.com

3 comments:

  1. ofcoz korea yang terpantas dari segi purata consumernya.. woohoooo.. hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom behijrah ke korea..! Visit korea 2012

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads