Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Khamis, 5 April 2012

KL Gangster 2

Cerita KL Gangster ini akan dterbitkan oleh SKOP Productions dan cerita asal serta pengarahnya adalah Syamsul Yusof manakala Skrip ditulis oleh Syamsul Yusof dan Rizal Ashref yang akan menelan belanja sebanyak RM3 juta. Sepanjang majlis ini, bapa beliau dan juga selaku penerbit, Dato’ Yusof Haslam telah memberi sedikit info tentang apa yang akan ditayangkan kepada penonton untuk cerita ini.

“Terlalu banyak komen yang kami terima dan banyak penonton tidak memahami jalan cerita yang ada pada KL Gangster 1. Jadi dalam KL Gangster 2 adalah jawapan untuk soalan-soalan penonton kerana dalam KL Gangster 2 ini kami akan menggunakan kaedah flashback” Kata Beliau.





Filem ini akan dijayakan oleh pelakon-pelakon yang berbakat. Antara Pelakon-Pelakon tersebut adalah :-
Aaron Aziz sebagai Malek

Syamsul Yusof sebagai Shark

Soffi Jikan sebagai Ajib

Adam Corrie sebagai Dragon
Sheera Iskandar sebagai Zati
Zizan sebagai Fadil
Rosyam Noor sebagai Don
Adi Putra sebagai Malek
Ridzuan Hashim sebagai King
Ku Faridah (Mak Engku) sebagai Ibu kepada Malek, Jai dan Zati
Filem ini akan dijadualkan pengambaran pada 1 Disember 2011 selama 45 hari dan kawasan pengambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak.
Sinopsis cerita KL Gangster 2 Prequel :-

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Don(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Don tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Don.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Don dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Don berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Don menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Don namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Don dan pembunuh ayahnya.
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Don. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Don untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
Sama-sama lah kita nantikan kemunculannya yang akan tiba pada tahun ini..

Kerdit : LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads