Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Sunday, March 4, 2012

Tingkatkan Sekuriti Password Anda


Kita hanya menggunakan password dengan menggabungkan huruf abjad + nombor sahaja tapi sebenarnya itu tak menguatkan strong password. Anda perlu menggabungkan huruf abjad + nombor + nombor karakter. Contohnya abc!@#$%^123.

Jika anda lihat password contoh yang aku berikan tu mungkin susah nak ingat sebab ia melibatkan nombor karakter. Tapi sebenarnya senang je jika anda menggunakan no. plat kenderaan dan IC anda. Ini adalah contoh sahaja, jika anda ingin gunakan ikut suka hati anda, terpulanglah tapi pastikan anda gabungkan huruf abjad + nombor + nombor karakter untuk memastikan password anda STRONG!



Bagaimana untuk kita ketahui password kita adalah strong dan lebih secure? Anda boleh melayari website PasswordMeter.Com untuk mendapatkan password VERY STRONG. Di website tersebut anda boleh membuat ujikaji dengan password yang anda ada sekarang, adakah ia strong atau weak?


Contohnya nombor plat motor = ABC123 dan IC = 111111-11-1111. Apa yang aku gabungkan adalah aku ambil ABC+123111111111111 = ABC123111111111111.


Mungkin bagi anda password ABC123111111111111 adalah jenis strong tapi password sebegini sebenarnya pada pengodam (hacker) perkara ini boleh menjadi salah satu cara untuk mereka memasuki komputer/laptop dengan mudah tanpa menggunakan sebarang perisian untuk mengodam sekalipun.


Password yang jenis VERY STRONG adalah jenis:

  • Ia perlu ada aksara khas seperti @#$%^
  • jumlah aksara perlu sekurang-kurangnya 8 aksara
  • jangan gunakan ayat lazim seperti 123, password, tarikh hari lahir anda, id pengguna anda, dan perkataan yang boleh dicari dalam kamus.
  • ia perlu gunakan gabungan pelbagai jenis aksara. Contohnya WER*@)!)110101

Untuk mendapatkan nombor karakter tersebut, anda perlu tekan SHIFT dan pilih nombor yang anda kehendaki.


kredit : nyoparut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads