Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Sunday, March 11, 2012

Intel Masuki Pasaran Handphone


Intel memasuki pasaran handphone! Tindakan drastik ini satu kejutan terhebat. Dengan itu bertambahlah jenama cip di pasaran telefon bimbit yang sebelum ini di dominasi oleh Nvidia dan Qualcomm.

Cip Intel digunakan buat pertama kali oleh ZTE dan Orange, model cip itu adalah Atom Z2460 dipanggil dengan nama formalnya Intel Medfield. Orange mengeluarkan handphone pertama mereka dipasang Intel Medfield iaitu Orange Santa Clara disasarkan kepada pengguna di United Kingdom dan Perancis.

Dengan pergerakan Intel ke pasaran handphone disertai kemunculan capaian 4G LTE serta Android 4 ICS yang kini semakin memuncak, pengguna jadi lebih bertuah kerana mendapat peranti lebih bagus, lebih laju, lebih berprestasi tinggi. Intel memegang kredibiliti sebagai pengeluar cip terkemuka bahkan menjadi saingan utama pada Nvidia juga AMD.

Acara Mobile World Congress 2012 menjadi saksi kemunculan Intel di arena telefon bimbit, sesuai dengan tema tahun ini iaitu Redifing Mobile.



kredit : iawani

4 comments:

  1. fuiyooohhhh... intel pulak dah ada...

    ReplyDelete
  2. best la entry ni..

    jom terjah entry afiq yang baru
    http://afiqyassin.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads