Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Friday, March 2, 2012

Google Crome Persilakan Hacker Godam Untuk Hadiah 1 Juta



Google telah berjanji untuk memberikan hadiah wang tunai berjumlah 1 juta kepada penggodam yang berjaya mengeksploitasi pelayar krom pada persidangan keselamatan CanSecWest minggu depan. Chrome merupakan satu-satunya pelayar internet yang tidak mempunyai sebarang rekod eksploitasi sepanjang 6 tahun ia diciptakan.



Google akan memberi ganjaran kepada pemenang dengan hadiah sebanyak $ 60,000, $ 40,000 dan $ 20,000 bergantung kepada tahap eksploitasi yang mereka mampu lakukan pada pelayar krom yang menggunakan sistem operasi Windows 7. Kakitangan pasukan keselamatan syarikat telah mengumumkan pertandingan Pwnium itu di blog mereka pada hari Isnin yang lepas.


Hadiah tidak akan dibahagi-bahagikan, dan akan diberikan mengikut konsep 'first-come-first-served' sehingga nilai $ 1 juta dicapai. Selain itu, semua pemenang juga akan menerima Chromebook.

Berdasarkan artikel blog tersebut, penyelidik memaklumkan bahawa Google telah menarik diri sebagai penaja utama pertandingan Pwn2Own itu selepas mendapati perubahan peraturan yang membolehkan penggodam untuk memenangi hadiah tanpa perlu mendedahkan butiran dan maklumat diri yang penuh kepada syarikat pelayar.




kredit : xlupa


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads