Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Wednesday, March 14, 2012

Galaxy S3 berada di pasaran April ini




LONDON 6 Mac - Telefon pintar Samsung, Galaxy S3 (gambar) akan mula berada di pasaran April ini dengan United Kingdom dipilih sebagai lokasi pertama bagi pelancarannya sempena Sukan Olimpik tahun ini.



Telefon berteknologi tinggi itu merupakan susulan kepada salah satu telefon pintar Android yang paling ikonik dan akan menjadi saingan hebat kepada pencabarnya, iPhone keluaran Apple.


Butir-butir pelancaran telah didedahkan oleh ZDNet Korea, yang mengesahkan perkara itu dengan agensi pemasaran di seluruh dunia.

Telefon itu akan mempunyai pemproses quad-core Exynos iaitu sejenis cip yang juga terdapat pada komputer riba dan komputer peribadi berkuasa tinggi.

Ia juga akan mempunyai paparan 4.8 inci HD yang lebih besar daripada sebelumnya.

Butir-butir itu selaras dengan pendedahan awal mengenai tarikh edaran S3.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads