Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Saturday, February 18, 2012

Tips Membeli Laptop



Bagi student ataupun bisnesman, korang semua mesti perlukan Laptop ataupun komputer riba untuk siapkan kerja korang. Zaman IT yang makin berkembang sekarang ni kita memang tak terkejar dengan teknologi. Setiap hari ada saja keluaran terbaru. Walaupun setiap kali keluar produk terkini, korang mesti amik tahu aspek-aspek penting sebelum membeli. Antaranya:



Bateri
Bateri memainkan peranan penting kalau korang buat kerja kat luar tanpa ada punca sambungan elektrik. Dapatkan Laptop yang boleh bertahan sehingga 5 jam tanpa henti masa korang buat sesuatu kerja.

Berat
Aspek ni pun penting sebab kalau korang travel ke mana-mana, mesti perlukan Laptop yang ringan dan senang nak bawak. Disarankan korang beli yang skrin antara 12’’ – 14’’ dan berat kurang dari 2kg.

Wi-Fi
Wi-Fi amat penting untuk siapkan kerja yang perlukan sambungan internet. Sekarang ni Wi-Fi dah banyak di pasang di merata-rata tempat contohnya KFC, McD dll. Kebanyakkan Laptop sekarang semuannya dah ada Wi-Fi terbina dalam.

Speed
Speed ataupun kelajuan adalah segalanya. Terlalu penting bagi korang nak siapkan kerja dengan cepat tanpa ada masalah ‘hang’ ataupun nak buka banyak aplikasi dalam satu masa. Jadi, korang boleh siapkan kerja sambil dengar lagu dan sebagainya. Makin tinggi RAM, Processor dengan space Hard Disk, makin laju Laptop korang.

Security
Security ataupun tahap keselamatan amat penting sekali. Sebab banyak berlaku kes curi Laptop. Korang kena pastikan tahap keselamatan yang tinggi nak elakkan data yang korang simpan dicerobohi orang lain. Mungkin Laptop yang perlukan cap jari ataupun ada sistem yang boleh track kat mana Laptop korang sekiranya dicuri adalah yang terbaik.

Warranty
Pastikan korang dapatkan Laptop yang ada warranty atau jaminan sekurang-kurangnya 3 tahun. Pastikan jugak korang simpan resit pembelian tu sebagai bukti. Kalau ada masalah terjadi pada Laptop tu dalam masa warranty, korang boleh hantar balik kat kedai tanpa bayar apa2.

Bajet
Akhir sekali, buat pilihan berdasarkan bajet yang korang ada. Pilih yang betul-betul berkualiti sebab tak salah kalau korang laburkan duit yang banyak untuk dapatkan Laptop yang terbaik dan tahan lama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads