Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Thursday, February 9, 2012

MyFriends2u.com - Laman Sosial Buatan Malaysia


Adakah anda tahu bahawa selain laman sosial Facebook, terdapat satu lagi laman sosial yang baru melonjak naik di arena internet iaitu MyFriends2u.com. Apakah keistimewaan laman tersebut? Sudah semestinya laman sosial berkenaan telah dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu NetXpert Sdn. Bhd.

Mungkin ada yang belum tahu mengenai hal ini lagi bukan? MyFriends2u.com mula bertapak dalam industri laman sosial ini semenjak 2010 dan popularitinya semakin hari semakin berkembang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NetXpert Sdn.Bhd, Che Onn Ismail, laman sosial ini dibina berdasarkan kepada kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan platform setempat mudah, yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung malah boleh melakukan lebih daripada itu menerusi satu akses (sumber Majalah PC Nov 2010).
Myfriends2u menawarkan My Places sebagai rujukan tempat-tempat menarik, My MarketPlace untuk orang ramai mengembangkan bisnes dalam talian, My Career sebagai tempat carian pekerja atau mengiklankan diri di dunia kerjaya, U Life yang mengumpulkan penuntut-penuntut Universiti pada satu tempat dan banyak lagi yang boleh diterokai oleh anda sendiri..sekiranya anda sudah mendaftarkan diri, anda akan dapati tidak terdapat banyak perbezaan ketara dengan laman sosial Facebook, cuma 'suasananya' lebih 'Malaysia'.
Jadi apa tunggu lagi? buat lah satu akaun sekarang dan mulalah berhubung dengan rakan talian yang lain! rasai perbezaan dan kehangatan myfriends2u.com!

1 comment:

  1. Laman sosial Malaysia yang terbaru 2014 www.warisan.net

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads