Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Friday, February 17, 2012

Microsoft Lancarkan msnNOW - Berita Hangat Sosial Media

Microsoft telah melancarkan msnNOW, sebuah laman web yang mengumpulkan kandungan dari blog, suapan berita, dan laman media sosial dalam usaha untuk menjadi topik buzz dari seluruh Web di dalam satu tempat.


msnNOW adalah satu cara baru untuk sentiasa update pada topik-topik yang orang sedang bercakap tentangnya, mencari, dan berkongsi. msnNOW adalah satu-satunya tempat yang melihat trend paling hangat dari Facebook, Twitter, Bing dan Breakingnews.com. Ia memberikan anda sumber supaya anda sentiasa tahu tentang apa yang sedang trending dan Microsoft akan sentiasa mengemaskini buzz terbaru.




Kandungan dipilih melalui penggunaan algoritma khas yang menganalisa topik mana yang menjana buzz yang paling tinggi di seluruh web. Laman web ini mempunyai sliding featured 4 cerita teratas di bahagian atas kiri halaman, dan panel sidebar di sebelah kanan yang menyenaraikan "biggest movers".

Laman web msnNOW juga mempunyai kotak carian Bing, satu petunjuk bahawa Microsoft berharap laman web ini akan memandu trafik ke enjin carian. Bahagian yang terbaik ialah live ticker yang menunjukkan algoritma menganalisis berjuta carian Bing dan berbilion social update.Secara ringkasnya, msnNOW akan menjadi pusat segala informasi dari laman social, berita dan enjin carian Bing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads