Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Friday, February 10, 2012

DSLR Terbaru Dilancarkan.


Anda peminat DSLR?
Nikon Corporation telah mengeluarkan model terbaru kamera DSLR iaitu D800 dan D800E. Produk ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur.

Gambar di bawah ini menunjukkan dua orang model yang memegang kamera DSLR D800 (kiri) dan D800E.




TOKYO - Nikon Corporation Jepun (Nikon) yakin ia akan memperoleh penguasaan 50 peratus pasaran kamera refleks lensa tunggal digital (DSLR) di Malaysia tahun ini selepas operasi kilangnya di Thailand dijangka pulih sepenuhnya menjelang bulan Mac ini.

Penguasaan pasaran kamera DSLR Nikon di Malaysia menguncup kepada 40 peratus tahun lalu apabila bencana banjir yang berlaku pada bulan Oktober lalu telah menjejaskan operasi pengeluaran dan komponennya di Taman Perindustrian Rojana, Ayutthaya.

"Kilang di Thailand mula beroperasi sejak bulan lepas, namun masih belum pada kapasiti sepenuhnya," kata Pengurus Besar Komunikasi Nikon, Tetsuya Morimoto dalam temu bual bersama Bernama di ibu pejabat Nikon di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads