Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Thursday, December 22, 2011

Tonton Korean TV Shows Dalam Subtitle English Di YouTube


Tajuk di atas adalah berkenaan dengan penggunaan CC di YouTube dalam pengalihan subtitle video. Sebelum itu, apa itu CC di YouTube ? CC bermaksud “Closed Caption” di mana ia membolehkan pengguna untuk mengaktifkan pilihan subtitle text pada video di YouTube dengan syarat video tersebut mesti mempunyai subtitle yang telah dicipta oleh individu tertentu.
Mungkin ramai yang sedar tentang kewujudan CC pada video player di YouTube tetapi tidak mengetahui dengan jelas tentang sejauh mana penggunaannya. Lihat video di bawah tentang bagaimana saya menggunakan CC untuk melihat 2NE1 TV Season dalam subtitle English.


Anda juga boleh mencipta subtitle bagi mana-mana video di YouTube. Caranya adalah dengan pergi ke laman ini http://www.youtubecc.com/, kemudian masukkan URL video YouTube yang ingin disubtitlekan. Kesannya adalah apabila pengguna di YouTube melihat video yang telah anda subtitlekan dan menekan CC, mereka dapat melihat pilihan bahasa yang anda telah buat, sebagai contoh, jika anda membuat subtitle untuk Bahasa Malaysia, maka akan keluar pilihan di CC untuk Malay.
YouTube mempunyai ciri-ciri terbaru yang dipanggil Audio Captions. Ini bermaksud ia secara automatik dapat mengenalpasti suara/audio di video YouTube dan kemudian ia dapat mencipta subtitle secara automatik tanpa perlu ada orang mencipta subtitle untuk video tersebut. Servis ini masih diperingkat Beta, dan mungkin sebab itulah sesetengah subtitle yang dipaparkan tidak setepat bahasa asal.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads