Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Thursday, December 22, 2011

Ketahui Ciri-Ciri Sistem Hardware Komputer Anda



Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk kita mengetahui secara detail apakah ciri-ciri yang terdapat pada sistem komputer kita.  Ianya penting bertujuan naik taraf pada masa-masa yang akan datang. Pelbagai jenis perisian yang boleh anda gunakan. Antara yang terbaik yang saya gunakan adalah Speccy.

Speccy akan memberikan secara detail setiap hardware yang anda gunakan termasuklah CPU, Motherboard, RAM, Graphics Cards, Hard Disks, Optical Drives, Audio support. Antaramuka Speecy juga lebih mesra dan cantik berbanding CPU Z (Perisian yang sama fungsi seperti Speccy)
Sebagai contoh, jika anda mahu menambah main memory (RAM), boleh terus semak menggunakan Speccy untuk mengetahui berapa banyak slot memory komputer yang masih ada dan apakah jenis memory yang telah di install. Selepas itu anda boleh terus membelinya berbekalkan maklumat dari Speccy berkenaan jenis RAM yang bersesuaian dengan sistem komputer anda.


Download Speccy sekarang.
Kalau malas nak download, ada satu cara lagi yang lebih cepat. Pergi pada run, taipkan “dxdiag” tanpa double quotation dan enter. Maklumat seperti Speccy akan dipaparkan namun kurang menarik dan tidak sehebat Speccy.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads