Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Thursday, December 8, 2011

FaceNiff – Kini Facebook Boleh Digodam Dengan Mudah


Pada tahun 2010 kecoh mengenai Firesheep di mana ia dapat mencuri maklumat cookies akaun pengguna (termasuk username dan password) pada laman sosial seperti Facebook yang menggunakan rangkaian wifi yang sama. Add-on Firefox ini telah dicipta oleh Eric Butler di mana ia mungkin bertujuan menyedarkan pengguna tentang keselamatan rangkaian.
                                                                                Kini mucul pula FaceNiff dari aplikasi Android di mana ia dapat menghijack akaun facebook pengguna lain dalam 1 rangkaian wifi yang sama (termasuk WEP, WPA, atau WPA2). Mungkin pengguna perlu berhati-hati ketika menyambung ke rangkaian wifi terutama di tempat-tempat terbuka. Silap hari bulan, dalam rangkain wifi tersebut terdapat pengguna Android yang melancarkan serangan FaceNiff.
Relevan dari kemunculan aplikasi ini mungkin bertujuan educational purpose. Tetapi mungkin juga ada pihak yang menyalahgunakan atas tujuan tertentu. Atau aplikasi ini dicipta mungkin untuk melariskan Android di mana saya yakin pasti ramai yang akan mencuba Android selepas ini gara-gara kemunculan FaceNiff. Ini kerana semakin hari semakin ramai yang ingin belajar untuk menggodam Facebook.
Sebagai langkah keselamatan, jika anda menyambung rangkaian wifi di tempat-tempat terbuka, dinasihatkan agar mengaktifkan fungsi HTTPS pada akaun Facebook dan Twitter.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads