Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Friday, December 17, 2010

Tip Meningkatkan Kefahaman di dalam Kelas


Pemahaman Dalam Kelas
Sebahagian besar masa seorang pelajar banyak dihabiskan di dalam kelas, adakah anda bersetuju? Jika waktu pembelajaran kelas berjaya dioptimakan, ia adalah satu permulaan yang baik untuk menjadi pelajar cemerlang. Tetapi jika anda gagal menggunakannya dengan sebaik mungkin, bab ini mungkin akan dapat membantu anda.

Photobucket
Sebelum itu, apakata kalau kita kira jumlah masa yang para pelajar habiskan di dalam kelas. Katakan waktu persekolahan ialah dari jam 7.30 hingga jam 2.30, dengan waktu rehat dari jam 10.00 pagi selama 30 minit. Maka jumlah masa yang dihabiskan di dalam kelas ialah:
Jumlah dalam sehari : 14.30 – 07.30 = 7 jam
- masa rehat - 30 minit = 6 jam 30 minit

Jumlah dalam seminggu : 6 jam 30 minit x 5 hari = 32 jam 30 minit seminggu
Jumlah dalam sebulan : 32 jam 30 minit x 4 minggu = 130 jam sebulan

Nah, kalau dicongak-congak, jumlah masa yang anda gunakan adalah kira-kira 25% daripada masa seharian anda. Dalam sebulan, anda habiskan 130 jam untuk berada di dalam keasl. Persoalannya, adakah anda telah menggunakan masa itu dengan sebaiknya? Adakah anda benar-benar memahami apa yang diajar oleh guru selama 130 jam sebulan itu? Itu belum termasuk masa belajar di tuisyen. Biasanya pelajar memperuntukkan 2-3 jam sehari di tuisyen. Anda kiralah berapa banyak masa digunakan untuk mendengar pengajaran guru!
Photobucket
Rugilah bagi mereka yang mensia-siakan waktu dalam kelas yang begitu banyak itu. Dan beruntunglah mereka yang pandai mengoptimakan keupayaan dirinya untuk memahami sebanyak mungkin apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap kefahaman anda semasa belajar di dalam kelas?
Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan bersama anda. Ia adalah ‘rahsia penting’ bagi pelajar yang telah cemerlang sebelum ini. Jika anda mengetahui ‘rahsia’ ini, ratusan jam anda di dalam kelas pasti akan menjadi lebih bermakna

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads