Nuffnang Ads

Kalau Berani Klik Iklan Ni ...!

Apesal Widget

Jumaat, 17 Disember 2010

Apa kerja sebenar seorang pelajar?


Jikalau anda bekerja sebagai seorang tukang sapu, anda perlu tahu kawasan mana yang perlu anda pastikan kebersihannya. Kalau anda seorang pemain bola sepak profesional, anda perlu tahu posisi anda dalam pasukan dan apa taktik permainan kali ini. Kalau anda seorang guru, anda perlu tahu subjek mana dan kelas mana yang anda perlu ajar. Kalau anda seorang ibu, anda perlu tahu apa kerja-kerja seorang ibu. Tetapi, bagaimana pula anda sebagai seorang pelajar? Adakah anda sudah tahu kerja anda sebagai seorang pelajar?

Ya, saya percaya, ramai akan menjawab, “Kerja pelajar ialah belajar!”. Yelah, memang kerja pelajar ialah untuk belajar, tetapi, apakah sebenarnya ‘kerja belajar’ itu?
Apa kerja sebenar pemain bola sepak? Ya, secara mudahnya ialah; bermain bola sepak. Tetapi, apakah proses secara terperincinya? Kalau seorang pemain bola sepak tidak tahu tugas dan prosesnya dengan jelas, mungkin dia tidak tahu beraksi kerana dia tidak berada di posisi yang betul. Dia juga mungkin akan kepenatan kerana terpaksa berlari ke sana ke mari, bukannya menguasai kawasan posisinya. Yang lebih penting, kemungkinan besar dia tidak memberikan kesan dan manfaat kepada pasukannya.
Begitu juga dengan seorang pelajar. Anda bukan sahaja perlu tahu kerja, tetapi anda juga perlu tahu proses belajar. Dalam usaha untuk menjadi pelajar cemerlang, anda perlu memahami dengan jelas ‘kerja dan proses’ anda sebagai seorang pelajar.
Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan, setiap orang pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, jikakalau mereka menguasai (sekurang-kurangnya) tiga proses pembelajaran iaitu;
Photobucket

1. Faham
2. Ingat
3. Jawab

Itu sahaja? Saya boleh katakan, untuk cemerlang dalam akademik, itu sahaja! Saya lebih suka mempermudahkannya, supaya anda lebih jelas dan yakin tentang apa yang anda perlu lakukan sebagai seorang pelajar. Saya namakan sebagai 3 Misi Pelajar Super.
Apa sahaja perkara yang dipelajari, perlulah difahami, bukan begitu? Kegagalan pelajar banyak bermula daripada kegagalan mereka untuk memahami apa yang diajar oleh guru. Setelah memahami apa yang diajar, mereka perlu mengingatinya. Proses mengingat dan menghafal memerlukan teknik dan strategi yang tertentu. Namun, hafalan sahaja tidak cukup. Anda hanyalah akan diiktiraf sebagai pelajar cemerlang jika anda tahu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut skema jawapan, dan untuk itu, anda perlu tahu teknik menjawab peperiksaan. Untuk lebih lanjut,dapatkan buku “Motivasi Pelajar Super I” di pasaran, atau sertai Seminar Motivasi Pelajar Super dalam masa yang terdekat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads